Tuesday, February 15, 2011

KOMSAS (Syair Nasihat= Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)

Maksud Keseluruhan Syair:
Syair ini memberi nasihat kepada manusia supaya sentiasa berbuat kebaikan dan patuh kepada pemimpin.
TEMA:
Kepentingan manusia memiliki ilmu sebagai panduan hidup.
PERSOALAN:
1.Kepentingan ilmu dan keimanan
2.Ilmu yang tiada hadnya.
3.Kewajipan menuntut ilmu.
4.Kepentingan ilmu.
GAYA BAHASA:
1.Simile
2.Asonansi
3.Aliterasi
4.Diksi asing bahasa arab
NILAI:
1.Kerajinan
2.Keadilan
3.Kejujuran
4.Keberanian
PENGAJARAN
1.Kita hendaklah mementingkan ilmu untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
2.Kita perlu menyedari bahawa ilmu itu tidak ternilai.
3.Kita mesti berpendirian tetap.
4.Bersikap adil dalam melaksanankan tugas.
5.Mesti berkeyakinan dan rajin dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Sunday, January 16, 2011

ASSALAMUALAIKUM ANAK-ANAK DIDIK KU

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pelajar-pelajar 2 syukur SMKDSH 2011. Alhamdulillah dengan keizinan Allah cikgu dapat menghasilkan blog ini yang bertujuan untuk mengeratkan perhubungan serta membantu pelajar-pelajar dalam masalah pembelajaran.Di dalam blog ini cikgu sediakan ruang chat bagi memudahkan kita berinteraksi dan sebagainya. Cikgu guru berharap pelajar-pelajar dapat memasuki facebook 2 syukur.Terus bersama blog ini untuk memperolehi pelbagai info dan maklumat berkait dengan pelajaran.

SIAPA HENDAK KAYA?????????????

PELAJAR TIDAK HADIR

Hari ini,Isnin 07 feb 2011 seramai 12 orang pelajar 2 syukur tidak hadir sekolah= choo sang hui,liew chun wing,hoh kian wei,yap chui man,lim kok ying,koh mi lion,kok mei ying,lee wan kee,norida,nurisya dan wong siew hui.......sedia maklumlah,beginilah situasinya setiap kali hari perayaan ,ramai pelajar tidak hadir kesekolah.

CONTOH RUMUSAN LENGKAP

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak boleh lebih 120 patah perkataan.

___________________________________________________________________
Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.

Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.

Selain faktor di atas, kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.

___________________________________________________________________

Contoh Jawapan Rumusan 1:

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaandi sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja asing dilaksanakan.

Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.

(121 patah perkataan)

A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA:

1. Jenis kata ganti nama:
a. Ganti nama diri pertama
: aku, saya, hamba, patik, kami, kita, beta
b. Ganti nama diri kedua : awak, engkau, kau, mu, kalian, kamu, saudara/i, tuan/puan,
cik, encik
c. Ganti nama diri ketiga : dia, mereka, baginda, Tuhan, orang itu, pelajar itu, ia

2. Jenis kesalahan kata ganti nama:

i. ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda. (‘ia’ - untuk manusia sahaja)

Salah:
- Ayam itu berkokok. Ia berkokok dengan kuat.
- Kereta itu rosak. Ia rosak semalam.
Betul:
-Ayam itu berkokok. Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Kereta itu rosak semalam

ii. ‘ia’ tidak boleh disambung dengan ‘nya’.

Salah:
-Ia dimarahi guru kerana ianya jahat.
Betul:
-Ia dimarahi guru kerana ia jahat.

iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan. (kecuali ‘tuan/ puan, saudara/i, encik’)

Salah:
-Mereka-mereka semua sedang tidur.
-Kamu-kamu semua perlu sedar.
Betul:
-Mereka semua sedang tidur.
-Kamu semua perlu sedar.

iv. Singkatan ‘mu’ dan ‘ku’ mesti dicantumkan dengan objek.

Salah:
-Saya akan pergi ke rumah mu.
-Sudah ku baca buku itu.
Betul:
-Saya akan pergi ke rumahmu.
-Sudah kubaca buku itu.

v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar.

Salah:
-Nama guru saya encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah si Tompok.
Betul:
-Nama guru saya Encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah Si Tompok.

vi. ‘Tuhan’ mesti dieja dengan huruf besar.’ Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang dan berhuruf besar.
Salah:
-Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita.
Betul:
-Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.

vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau 'khas' mesti dengan huruf besar.

Salah:
-Perdana menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan menteri pertanian.
Betul:
-Perdana Menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan Menteri Pertanian.

viii. ‘ia’ dan ‘dia’ tidak boleh untuk orang dihormati atau yang lebih tua. (gunakan ‘beliau’)

Salah:
-Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit.
-Perdana Menteri demam kerana dia terkena hujan.
Betul:
-Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit.
-Perdana Menteri demam kerana beliau terkena hujan.

ix. ‘beliau’ tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak.

Salah:
-Beliau ditangkap kerana merompak.
-Beliau masih bayi lagi, cikgu.
Betul:
-Dia/ ia ditangkap kerana merompak.
-Dia/ ia masih bayi lagi, cikgu.